Infografik


Grafik maklumat atau infografik merupakan visual maklumat, data atau pengetahuan yang bertujuan untuk mempersembahkan maklumat kompleks dengan cepat dan jelas. Infografik boleh meningkatkan daya kognitif dengan menggunakan grafik untuk meningkatkan keupayaan sistem visual manusia untuk melihat corak dan trend. Terdapat pelbagai jenis infografik yang kita lihat, dan sudah tentu infografik yang kreatif paling dapat menarik perhatian.