Adobe Flash untuk membuat Animasi



Asalamualaikum..kita biasa dengar perkataan flash player terutamanya semasa menggunakan browser internet (chrome, mozilla, internet explorer dan seumpamanya). Sebenarnya flash bukan sekadar format dalam web, tapi ia juga adalah satu perisian yang digunakan untuk menghasilkan animasi.

Dalam rekaan grafik yang memerlukan kombinasi antara gambar, animasi dan bunyi, (dengan erti kata lain kombinasi elemen multimedia), perisian adobe flash merupakan antara perisian animasi yang paling popular digunakan. Saya sendiri biasanya menggunakan untuk membina montaj dan web. Tapi, ramai yang kata, perisian flash ni agak sukar jika dibandingkan dengan perisian-perisian video yang lain seperti movie maker, pinnacle dn lain-lain. Perisian ini sebenarnya tidak lah sesukar mana. Caranya adalah dengan kita menguasai Timeline dalam perisian Flash. Memahami secara keseluruhan penggunaan Timelin dalam Flash, insyaAllah, saya boleh katakan yang kita dah tahu menggunakan perisian flash.



Di sini ada tips yang saya boleh kongsikan, bagaimana kita boleh menguasai Timeline Flash dengan mudah, iaitu dengan memahami konsep Kehidupan! Mesti pelik ea.. takpe cuba fikir2kan dulu. nanti saya akan sambung entri ni. Tapi anda boleh tengok dulu antara montaj persembahan Flash yang pernah saya hasilkan.





Comments