Percubaan Pertama menghasilkan Template Blogger


Menghasilkan template untuk blog bukanlah sesuatu yang mudah terutamanya bagi saya yang tak tahu sangat mengenai coding, HTML dan segala macam lah berkaitan dengan web ni. Tapi saya suka kepada design. Jadi memang tidak boleh dielak lagi. Saya nak juga buat satu template dengan design saya sendiri. Sebelum ni, saya selalu menggunakan template daripada sumber internet. Tapi rasanya seperti tak puas sangat. Jadi minggu lepas saya cuba menghasilkan satu template blog untuk rakan-rakan kenalan. Seminggu saya buat kajian kat internet tentang bagaimana untuk menghasilkan template blog dan macam-macam teknik saya dah cuba. Akhirnya, dengan kesungguhan dan syukur ilham dari Nya, dapat juga menghasilkan dua template blog sendiri. Saya nak hadiahkan kepada teman-teman.

Template Shyblog

Ini adalah template pertama dengan design saya sendiri. Saya namakan sebagai Shyblog. Versi yang pertama. Sesuai kepada mereka yang baru untuk memulakan blog dan masih malu-malu untuk menulis. Ha2 adakah yang macam tu? Apapun ni templatenya. Anda boleh lihat dan download di sini

Jadi apa ciri template Shyblog ni? Ruang header yang besar direka untuk meletakkan gambar-gambar dengan kreativiti anda sendiri. Secara personalnya, saya suka kepada ruang blog dengan ruang header yang besar. Anda bagaimana? Kerana ini adalah imej pertama yang pelawat akan nampak pada ruangan blog anda. Tapi mungkin juga template ini kurang sesuai kepada blog yang memberi fokus kepada kandungan (content-focus). InshaAllah, nanti saya akan cuba buat template dengan fokus kepada content pula.


Lagi, disebabakan ini versi pertama dan ini juga merupakan percubaan pertama saya untuk menghasilkan template blog, maka, template ni mungkin masih banyak kekurangannya. Maaf ye. Kalau ada apa-apa masalah boleh terus bertanyakan kepada saya di sini. Baik ni pula preview untuk template kedua saya bangunkan. Ini lebih kepada content. Lihat previewnya. Tapi template ni masih dalam pembuatan. Lihat di sini blog sample menggunakan template ni (link)
Template ni saya namakan "Emptyz"




Comments