Siri 1: Tips Mudah Photoshop - Asas Penyuntingan Fotografi





Assalamualaikum.. percaya atau tidak poster di atas dihasilkan daripada foto yang saya ambil dengan hanya menggunakan kamera handphone 2 mega piksel! Saksikan video 6 minit tutorial penghasilan poster ini yang turut diselitkan dengan tips-tips mudah dan berguna untuk anda! Tutorial ini sesuai untuk sesiapa sahaja yang baru berjinak-jinak dalam photo editing atau perisisan Adobe Photoshop. Hasilnya foto akan lebih menarik dangan warna dan kontras seperti foto profesional untuk tujuan penghasilan poster. Dalam video tutorial ini anda boleh lihat bagaimana saya menghasilkan poster untuk Laman Komuniti Malaysia. Bermula dengan suntingan gambar, kemudian memasukkan kesan-kesan khas dan diakhiri dengan proses “touchup”.
Sebelum dan selepas penyuntingan


[p/s; Tips ini hanya berdasarkan pengalaman saya yang masih cetek ni. jadi mungkin terdapat banyak kekurangan. Dan tutorial ni takde suara, sebab suara tak sedap.]

  1. Tips asas ini merangkumi penggunaan:
  2. Brightness & Contrast
  3. Photofilter (saya selalu guna ni utk ubah mood warna gambar)
  4. Level (keamatan cahaya dan bayang)
  5. Vibrance (penting utk naikkan warna)
  6. Radial Blur (biasa guna ni untuk awan, dan benda-benda bergerak)
  7. Text & Character
  8. Layer Blending Mode (kesan pada persilangan imej-imej)


Comments