Wahyu Pertama: IQRA'!


Iqra'. Bacalah, kerana membaca itu kunci kepada ilmu. Manakala ilmu itu pula imam kepada segala amalan. Dan amalan itu akan membawa kepada taqwa iaitu sumber kekuatan untuk kita di dunia dan akhirat. Allah s.w.t. telah memilih kalimah IQRA' untuk mentarbiah umat Muhamad kerana amalan itu adalah perkara utama dan pertama untuk menjadi hamba Allah dan khalifah di muka bumi.

Pentingnya ilmu dapat diketahui melalui wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad Saw. 

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari 'alaq. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia dengan pena, mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya (QS Al-'Alaq [96]: 1-5). 

Iqra' terambil dari akar kata yang bererti menghimpun. Dari menghimpun lahir pelbagai makna seperti menyampaikan, menelaah, mendalami, meneliti, mengetahui ciri sesuatu, dan membaca baik teks tertulis maupun tidak. 

Wahyu pertama itu tidak menjelaskan apa yang harus dibaca, kerana Allah menghendaki umatnya membaca apa saja selama bacaan tersebut bermanfaat untuk kemanusiaan. Iqra' bererti bacalah, telitilah, dalamilah, ketahuilah ciri-ciri sesuatu; bacalah alam, tanda-tanda zaman, sejarah, maupun diri sendiri, yang tertulis maupun yang tidak.

Natijahnya tersirat daripada rahsia iqra' , umat Islam akan mendapat hidayah , ilmu, iman dan taqwa . Maka umat Islam akan terbina akal, emosi, jasmani dan rohaninya.

Comments