Sekadar Kongsi Cerita



Pagi tadi:
Pergi ke bank, bayar hutang kat cash deposit atm. Di belakang, ada seorag pakcik berdiri.

Nak, boleh tolong saya?
Ya, boleh pakcik.
Tolong saya masukkan duit sebab selalunya ada pegawai yg tolong.
Hari ini cuti public encik..

Duit untuk anak pakcik ya?
Ya.dia belajar di selangor.

Duit dmasukkan untuk anak pertama.
Berjaya.
Jumlah yang sama tapi kali ini ada RM10 5keping, RM50, RM100. Semua duit masuk dlm mesin tapi yang RM100 keluar semula. Dua kali.

Pakcik ada duit lain?

Tak ada nak.

Sempat mata ini menjeling ke dlm porch pakcik itu (maafkan saya). Tinggal RM7 sahaja.

Hati mula tersentuh.

Cuba lagi masukkan.
Moga dpermudahkan.
Alhamdulillah berjaya.
Jelas rasa lega terlihat di riak wajahnya.

Berlalu tapi perlahan..

Ingin kutahu dia naik apa..

Motor.
Dalam hujan renyai.
Terlihat wajah kepayahan.
Mengalir air mata.
Semoga pengorbanan seorang ayah itu dberi ganjaran syurga.
Belajarlah sungguh-sungguh wahai anak-anak kepada pakcik itu.

RM400 untuk dua orang anak.
Sikit (RM7) untuk dirinya memadai..

Moga ALLAH memberkati pakcik itu.
Moga ALLAH luaskan rezeki semua ayah di luar sana.
Moga ALLAH kurniakan kesihatan yg baik utk ABAH yang selalu saya sanjungi..

Kepada semua pelajar:
Belajarlah sungguh-sungguh utk membalas jasa ibubapa kita.

Comments