Seperti Air yang Mengalir


Kata-kata ini sering sekali kita dapatkan dari seseorang yang menyarankan kita untuk tidak tergesa-gesa atau tidak terlalu peduli terhadap suatu masalah. Kata-kata ini mempunyai makna yang sangat dalam jika kita menghayatinya. Lihatlah jika hidup itu adalah air yang terus mengalir tanpa henti sehingga pada akhirnya mereka (air) akan berkumpul pada suatu muara.

Hidup adalah air yang mengalir tanpa henti. Ketikaair ini dihalangi batu atau, air itu akan mencari celah lain sehingga boleh melalui laluan lain. Pernahkan anda melihat air yang mengalir di sungai. Air sungai tidak takut akan adanya batu yang menghalangi, kerana setiap halangan pasti akan ada jalan keluarnya tanpa mempedulikan apa dan bila jalan keluar itu akan ditemui. Air umpamanya adalah kehidupan dan batu adalah ujian, setiap ujian pasti ada jalan keluar yang boleh ditemui walaupun harus menempuh tempoh yang lama dan cara yang sukar.

Hidup adalah air yang mengalir tanpa sia-sia. Ketika air mengalir dari tempat tinggi ke tempat yang lebih rendah maka tak ada bagi air tersebut untuk berhenti seketika. Jika dibendung, air akan berhenti dengan sabarnya dan mengumpulkan kekuatan untuk mengharunginya. Akhirnya setelah berkumpul (tergenang) mereka pasti akan mampu mengharungi halangan itu. Apa yang kita boleh belajar melaluinya ialah kesabaran adalah kunci untuk berjaya. Jika rasa sabar yang ada pada diri kita adalah tinggi, maka takkan ada apapun yang mampu untuk menjatuhkan kita. Sabar bukan bererti kita lemah tak berdaya tetapi, sabar adalah mengenai menunggu waktu yang tepat untuk mengambil tindakan. Ingat, sabar itu juga adalah sebahagian daripada iman.

Hidup adalah air yang mengalir ke sebuah tempat. Setelah sekian lama air mengalir dan melalui pelbagai rintangan, air akan berkumpul disuatu tempat (laut) kembali ke asalnya. Ini bermaksud bahawa setiap sesuatu yang bermula di dunia ini pasti akan ada akhirnya. Manusia juga akan menemukan titik akhir yang disebut dengan kematian.

Ketika berkumpul di laut, sedikit demi sedikit air akan menguap dan menjadi awan. Begitu juga dengan manusia, disaat anak Adam meninggal dunia, roh akan terpisah dari jasad sehingga diangkat kelangit. Mereka yang melakukan kebaikan akan mendapatkan surgann Allah SWT namun mereka yang dipenuhi kejahatan dan kekufuran akan mendapat murka Allah dengan balasan neraka.

Comments