Diam Cinta seorang Lelaki

Apabila sesorang lelaki itu tertarik kepada seseorang perempuan itu fitrah. Cuma kadang-kala, dia memilih untuk tidak meluahkannya kepada manusia lain, cukuplah yang tahu hanya Allah. Diamnya dia itu bukan kerana dia tidak berani atau pengecut. Tapi sebagai tanda hormat kepada wanita itu, keluarga wanita itu, keluarganya serta dirinya sendiri. Diri sendiri yang sedar dan tahu bahawa di dalam pernikahan itu bukan hanya ada seronok dan cinta. Tapi tanggungjawab yang perlu dia penuhi. Tanggungjawab yang akan dinilai di akhirat kelak.

Dan untuk memenuhi tanggungjawab itu perlukan ilmu yang bukan sedikit. Lantas dia memilih untuk memantapkan diri sendiri dengan ilmu. Cuba menjadi sebaik yang dia mampu dan meletak sepenuh keyakinan dan pengharapannya pada Allah.
Kerana hanya Allah sahaja yang tahu segala yang terbaik buat dia. Apabila sampai masanya nanti, inshaAllah akan dia kotakan kata-katanya.

Comments