Erti Cinta dalam Islam

Islam datang bukan untuk berkata: “Jangan menyintai dan buang perasaan cinta itu”, tetapi datang dengan mengajarkan kita bahawa andainya kamu jatuh cinta, maka berhati-hatilah agar cinta itu tidak membuatkan kamu terpesong daripada kebenaran.

Islam tidak datang untuk menjadi musuh kepada naluri dan perasaan manusia tetapi untuk memberikan pedoman dan tunjuk ajar supaya manusia dapat mengawal naluri dan perasaannya ke arah kebaikan... Dengan itu dapatlah manusia menjadi manusia yang baik bukan menjadi malaikat yang baik.

The most important thing, jagalah batas kalian. Jagalah jarak kalian. Islam itu indah. Kan? ^^

Tapi, ingat! Jangan pernah menaruh harapan kepada seseorang, nanti cinta musnah, hati hampa, hidup merana. Jangan juga sesekali memberikan harapan kepada seseorang, nanti kita ubah fikiran. Hidup dia yang merana, kita yang berdosa.

Sebaliknya, letakkanlah harapan pada Ar-Rahim, kerana jodoh itu rahsia Dia. Sempurna diri kita, sempurna juga jodoh kita. Itu janji Dia

Comments