Pesanan Untuk Lelaki


Ada satu pesanan penting yang
saya nak bagitau pada lelaki.
Yang saya kira sangat-sangat
penting.



Tolong jangan puji kecantikan
seseorang wanita itu di
hadapannya. Hatta, jangan puji
apa-apapun berkaitan dengan diri
seseorang wanita itu di
hadapannya.

Tambah-tambah, jangan puji jika
kamu menyukainya.
Kecuali dengan satu syarat,
Jika wanita itu isteri kamu, maka
pujilah tanpa henti.

Tapi, jika tidak, JANGAN PUJI.

KENAPA?

Kerana wanita itu SANGAT
LEMAH dengan pujian.

Saya mohon, jangan rapuhkan
hati seorang wanita dengan
pujian.

Pujian itu menghancurkan.
Membunuh kekentalan hati
seorang wanita.

Jika tak tahan sangat nak puji,
pujilah depan orang lain.

Jangan
sampai dia tahu kamu sedang
memujinya.

Tolong ya.
Wanita itu halus hatinya.

Percikan
pujian mampu membunga rasa,
jiwa makin terjentik bila Syaitan
membisik bersama.

Kasihanilah wanita.

Comments