Melihat Sesuatu dengan Perspektif Berbeza



Apabila kita melihat daripada perspektif berbeza,
Ujian itu adalah untuk memperkuatkan apa yang kita lemah

Apabila kita melihat daripada perspektif berbeza,
Kita akan kurang mengkritik kekurangan orang tetapi kita hargai kelebihan dia

Apabila kita melihat daripada perspektif berbeza,
Kita tidak tenggelam dalam arus kesedihan tapi kita bangkit dengan semangat membara

Apabila kita melihat daripada perspektif berbeza,
Kita bukan orang lemah tapi TERLALU KUAT sehingga diuji dengan hebat


Apabila kita melihat daripada perspektif berbeza,
Kehilangan itu bukan kekurangan tetapi suatu tanda kita pernah memiliki sesuatu berharga

Apabila kita melihat daripada perspektif berbeza,
Sakitnya dan peritnya hidup ini kita anggap MANIS kerana kita dah lalui keperitan

Apabila kita melihat daripada perspektif berbeza,
Kita akan lebih tenang kerana kita menghargai apa yang kita ada kerana kita tahu ia tidak kekal

Apabila kita melihat daripada perspektif berbeza,
Kita tidak akan KALAH dengan apa juga kerana kita PEJUANG yang hebat untuk zuriat kita

Apabila kita melihat daripada perspektif berbeza,
Kita tidak mempersoalkan takdir kerana kita FAHAM erti dunia hanya pinjaman

Apabila kita melihat daripada perspektif berbeza,
Kita sedar disebalik kehilangan kita dikurniakan berjuta-juta kelebihan lain

Apabila kita melihat daripada perspektif berbeza,
KITA ADALAH ORANG YANG PALING KUAT & HEBAT KERANA TIADA SEORANG PUN SANGGUP BERADA DITEMPAT KITA JIKA DIBERI PILIHAN...KITA? KITA ORANG TERPILIH

Comments