Setiap Orang Ada Percaturannya



Seorang lelaki berusia 24 tahun berada di kereta api bersama dengan ayahnya. Dia melihat keluar melalui tingkap kereta api dan berteriak,

“Ayah, lihat pokok-pokok itu berjalan!”

Ayahnya tersenyum, namun pasangan muda yang duduk berdekatan, memerhatikan perilaku keanak-anakan lelaki yang berusia 24 tahun dengan kasihan. Tiba-tiba lelaki tersebut berteriak lagi…

“Ayah, awan itu terlihat berlari mengejar kita!”

Pasangan tersebut tidak mampu menahan rasa ingin tahu mereka dan bertanya kepada orang tua lelaki tersebut;


“Mengapa anda tidak membawa anak anda ke doktor sakit jiwa?” Orang tua itu tersenyum dan berkata…

“Saya sudah membawanya ke doktor, dan kami baru saja pulang dari hospital. Anak saya buta sejak lahir, dia baru saja mendapat penderma mata dan buat pertama kalinya mampu melihat hari ini”.....

Setiap orang di dunia ini memiliki kisah berdasarkan "langkah catur" tersendiri. Jangan menilai orang lain sebelum anda benar-benar mengenal mereka kerana realitinya sudah pasti berbeza dengan apa yang anda fikirkan.

Comments