Eksperimen Cinta



Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya kepada guru sainsnya.

Murid :"cikgu..macam mana kita mau pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?? Adakah eksperimen yang boleh menentukan perkara ni?"

Cikgu tersebut berfikir panjang (3 minit) kemudian menjawab persoalan murid tersebut.

Cikgu : hmmm...ok ada. Kamu ikut apa yang saya suruh..kamu pergi ke padang tu, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu...pilih rumput yang paling cantik...tanpa menoleh dan undur ke belakang lagi walau sekali..selepas kamu dapat petik rumput yang paling cantik, bawa ke kelas. Tunjuk dengan saya..

Murid itu pun menurut kata cikgunya. Apabila murid itu pulang ke kelas, tiada sehelai rumput  pun yang dipilihnya..cikgu brtnya..'knapa tiada sehelai rumpt pun??

MURID : tadi mada saya berjalan, saya carilah rumput yang paling CANTIK, memang ada yang cantik, tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke hadapan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi...tapi sampai di penghujung padang, saya tidak jumpa pun rumput yang paling cantik..mungkin ada di antara yang dibelakang saya tadi ada yang paling cantik, tapi cikgu pesan tak boleh undur ke belakang semula, jadi tiada la rumput yang saya boleh petik...."

CIKGU: YA..itulah jawapannya..Maknanya apabila kita telah berjumpa seseorng yang kita sayang dan yang paling kita sayang..tidak perlu la kita mencari lagi...kerana jika kita terlalu mencari kesempurnaan maka hasilnya kita tidak kan jumpa...mungkin kita telah jumpa, tapi kita masih mencari tanpa kita sedar orang yang kita sayang sebenarnya ada di depan kita tanpa kita sedari...atau mungkin kita tidak akan jumpa kerana apa yang telah berlalu pasti tidak akan berulang lagi...

Comments