Isu Facebook, Kesan dan Dakwah



Sudah acapkali kita mendengar perkataan Facebook ini. Malah jaringan laman sosial ini sememangnya sudah bertakhta di mata masyarakat selari dengan perkembangan teknologi komunikasi yang kini pelbagai. Facebook boleh diakses melalui penggunaan komputer mahupun alat-alat telekomunikasi lain seperti telefon bimbit yang dilengkapi teknologi 3G. Perkembangan peralatan telekomunikasi banyak menyumbang kepada perkembangan jaringan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya sehinggakan ada antara pengguna menjadi ketagih dan memberi impak kurang sihat.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Alexa.com, laman web facebook tersenarai sebagai laman utama nombor satu yang paling kerap dilawati oleh rakyat Malaysia. Trend ini semakin meningkat sejak tahun 2008. Ini juga menunjukkan perubahan sosial masyarakat Malaysia terhadap corak sosial masa kini. Penerimaan masyarakat terhadap bentuk rangkaian sosial ini sedikit sebanyak memberi kesan secara tidak langsung kepada budaya masyarakat setempat.

Facebook dilancarkan dalam tahun 2004 dan menjadi fenomena seluruh dunia apabila berjaya mengumpulkan lebih 150 juta pengguna berdaftar dalam masa beberapa tahun dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari. Faceebook diasaskan oleh sekumpulan pelajar di Universiti Harvard dan menjadi laman web kampus sehingga dibuka kepada orang-ramai pada tahun 2006. Ia dilihat begitu berjaya kerana mempromosikan kejujuran dan keterbukaan kepada peminatnya. Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008. Pengguna hanya perlu menjadi diri sendiri dan bebas menyatakan suara hati, aktiviti dan pendirian masing-masing.

Benarkan pengasas Facebook adalah Yahudi? 

Fakta berikut tidak dapat dinafikan:-

  • Pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan daripada sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York. Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka.
  • Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara ‘tokoh paling berpengaruh dunia 2008, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?
  • Majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008. Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD 1.5 billion.
  • Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi).

Tidak dinafikan laman rangkaian sosial mengundangkan banyak kesan negatif terutamanya kepada Islam walaupun dipercayai penganut Islam antara pengguna terbesarnya. Antara kes yang pernah dilaporkan adalah:-

Kes 1 : Masalah sosial dikalangan remaja
27/2/2010. Seorang murid perempuan sekolah rendah di Jakarta hilang dari rumah kerana mengikut teman lelaki yang dikenali melalui Facebook. Bagaimanapun selepas dua hari hilang, murid perempuan itu ditemui oleh orang ramai dan diserahkan kepada ibu bapanya setelah kisah kehilangan murid berkenaan dihebahkan oleh sebuah stesen televisyen. Teman lelakinya baru berusia belasan tahun, ditangkap polis, namun akhirnya dia dibebaskan kerana ibu bapa gadis berkenaan menarik kembali laporan polis, setelah mendapati anaknya selamat dan tidak diapa-apakan.

Kes 2: Penyebaran sentimen anti Islam
20/5/2010. Satu ruangan (pages) bertajuk ‘Everybody Draw Mohammed Day’ telah dibuka oleh seorang kartunis AS bernama Molly Norris yang bertujuan menunjukkan sokongan kepada sitcom animasi Amerika. Ruangan tersebut mengajak orang ramai melukis kartun Nabi Muhammad yang telah menarik peminat seramai 81,306. Ia telah mengundang kemarahan masyarakat Islam melalui ruangan dan juga kumpulan (groups) yang bejaya mengumpulkan lebih 100 ribu peminat dan ahli. Akhirnya Norris telah menyatakan kekesalan dan membuang ruangan tersebut daripada facebook.

Kes 3 : Mengancam hak beribadat orang Islam
16/6/2010. Satu kumpulan dalam Facebook di Perancis telah menganjurkan satu majlis anti Islam bertemakan “pork-sausage and booze”. Majlis ini diadakan pada hari Jumaat di hadapan sebuah masjid dengan pengikutnya meminum arak dan makan sosej babi bagi menunjukkan protest kepada orang Islam yang hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Majlis yang telah disertai 7000 orang itu bagaimanapun telah dihalang oleh polis.

Kes 4 : Kumpulan murtad
Kumpulan murtad “Apostates in Malaysia” telah dibuka di facebook bagi mengumpulkan orang-orang murtad di Malaysia. Ia tidak terbuka tetapi telah memiliki 20 ahli. ‘Apostates of Islam - We left Islam’ pula mengumpulkan seramai 194 ahli.

Bagaimana rangkaian sosial boleh dimanafaatkan untuk tujuan dakwah?


Bagaimanapun disebalik semua ancaman di atas, masih ada manafaatnya untuk tujuan dakwah. Tidak boleh kita nafikan bahawa dakwah tidak lagi boleh terbatas secara lokaliti dengan sasaran mengikut golongan, tempat dan masa tertentu. Tetapi ia perlu melangkau setiap masa, setiap golongan dan di mana-mana. Bagi memenuhi keperluan ini, maka laman rangkaian sosial adalah medan yang paling sesuai. Laman rangkaian sosial boleh dimanafaatkan dengan cara berikut:-
  • Pendakwah buka akaun dan buka keahlian peminat, sampaikan ilmu – ust zahzan,ust zaharuddin
  • Seruan sokongan terhadap sesuatu isu/kempen, we love islam
  • Perkongsian ilmu, saifulislam
  • Reaksi terhadap serangan
  • Alternatif kepada hiburan yang melalaikan, maher zain.

Kesimpulannya, isu sebenar adalah bagaimana kita menggunakannya. Jika kita gunakan untuk kebaikan, ia akan memberi kebaikan kepada kita. Jika kita gunakan pedang untuk ‘membunuh’, ia memang akan ‘membunuh’. Kita yang menentukan kegunaan ‘facebook’ ataupun ‘teknologi’ tersebut. Mengharamkan atau menidakkan kemudahan, kita tidak merebut ‘peluang’ yang ada. Sama seperti komputer, ‘garbage in, garbage out’.



Comments