Kerana Ilmu



بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Kerana Ilmu

Ya Allah Kerana Ilmu Aku MengenalMu,
Kerana Ilmu Aku Dapat Mengenal SifatMu…
Kerana Ilmu Aku Mengenal NabiMu Memiliki Sempurna Ilmu,

Al -Quran Dan Sunnah Peninggalan RasulMu ,
Kerana Ilmu Aku Mencintai Para Ulama’Mu,
Kerana Ilmu Aku Merantau Mengaji IlmuMu.
Aku Khuatir Jika Sudahku Dapatkan Ilmu,
Aku Suka Menyalahkan Dan Menghukum Secara Melulu,

Aku Takut Kerana Ilmu Aku Suka Berdebat Pada Ahli Ilmu,
Aku Takut Jika Kerana Ilmu Juga Aku Bangga Dengan Diriku…
Dan Tidak Beradab Serta Berakhlak Sesama HambaMu …

Aku Berlindung PadaMu Ya Robb !!!
Jadikanlah Ilmu Tersebut Sebagai Panduan Diriku,
Untuk Membina Akal Yang Tinggi Memahami Hikmah TakdirMu,
Dan Kerana Ilmu Juga Aku Bersifat Minda Terbuka Mengkaji Ilmu,
Bukan Minda Yang Sempit Tertutup Terpaku,
Agar Aku Beroleh Kecemerlangan Duniawi Dan Ukhrawiku,

” Aku Tidak Menyangka Kerana Ilmu Yang Engkau Anugerahkan,
Aku Leka Seketika MengingatiMu,
Sedangkan Engkau Tidak Pernah Lupa Padaku,
Aku Tidak Menyangka Oleh Kerana Ilmu
Aku Sibuk Memikirkan Sesuatu Masalah HambaMu,

Engkau Maha Memberi Hidayah Petunjuk..
Kurniakanlah Kepadaku Petunjuk Dan HidayahMu
Agar Selalu Berada Diatas Landasan KebenaranMu

Comments