Hidup Tanpa Cinta


Ekspresi cinta membuatkan ramai insan berasa begitu bahagia dan dihargai keran ada seseorang yang sentiasa berdiri dibelakang dikala semangat semakin hidup patah.


Bahkan cinta juga memberi kekuatkan untuk meneruskan perjalanan yang selama ini bagaikan sudah kabur dan tiada arah tujuan namun,apabila lima perkataan itu-CINTA-semakin pudar dek banyak halangan dan onak,anda terpaksa melupakannya. Rasa pedih dan patah hati apabila diri dikecewakan adalah ketentuan yang perlu di tempuhi.Biarpun terpaksa melupakannya untuk seketika atau
selamanya,harus di ingat itu semua bukan ke hendak anda.Mula-mula memang agak sukat untuk menerima kenyataan menempuh kekecewaan tetapi lama kelamaan, ia pasti boleh di hadapi.Takdir mengatasi segalanya dan kekuatan diri harus dibina untuk mampu berdiri dan terus melangkah bagi membina cinta seterusnya yang lebih teguh sehingga bahagia selamanya.



Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak jika cintanya itu di sambut oleh para pencinta palsu.



Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah dari ilahi. Kita diberi peluang untuk menilainya dan pengunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah, seindah waktu ia di ciptakan.

Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan, datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan.Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahanya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.

Manusia kadang kala lupa, cinta adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan. Malah, tanpa cinta perkahwinan itu akan mati,ibarat rumah kosong tanpa penghuni.

Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.

Cinta...jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain yang anda miliki tidak banyak bererti.

Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk di mengertikan, namun percayalah bahawa ketika dia mengambil sesuatu telah dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk di berikan.

Cinta antara dua jiwa telah dikatakan boleh membakarkan semangat seseorang itu untuk memelihara akhlak yang mulia, memperbaiki pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadian. Selain daripada itu, ia juga di percayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita. Tetapi cinta juga merupakan pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan rasa.

Andai kata cinta itu sebuah pergorbanan, mengapa pergorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar untuk di miliki ? cinta umpama kota kristal, indah di penglihatan , derita di perasaan...

Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain. tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama.


Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan dan jangan kerana cinta juga. Prinsip kita menjadi larut dan cair, cinta tidak semestimya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan, kesetian akan mengikat cinta kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta.Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.

Comments