Tiga Fasa dalam Kehidupan Kita


Fasa1: ALAM REMAJA 

Kamu miliki masa + tenaga Tapi kamu tidak mempunyai harta. 

Fasa2: ALAM BEKERJA 

Kamu miliki harta + tenaga Tapi kamu tidak mempunyai masa. 

Fasa3: SEWAKTU BERUSIA 

Kamu miliki harta + masa Tapi kamu tidak mempunyai tenaga.

Inilah kehidupan... 

Ketika dianugerahkan sesuatu kepada kamu. Diambil sesuatu yang lain dari kamu. Kita selalu percaya kehidupan orang lain lebih baik daripada kita.... Orang lain pula percaya kehidupan kita lebih baik daripada mereka... 

Semua itu terjadi kerana kita kehilangan sesuatu yang penting dalam kehidupan kita dan ia adalah : (Merasa Cukup dan Bersyukur dengan Kecukupan ini) 

Yg hidup dikampung ingin ke bandar, yg dibandar pula ingin pulang ke kampung... Bila hujan, kita tanya bila nak kemarau... Di musim kemarau kita tanya bila la hujan nak turun.. Bila duduk di rumah, rasa nak keluar, bila keluar pula rasa ingin pulang ke rumah... Waktu sunyi kita nak kepada org ramai, bila berapa tempat org ramai, rasa nak kepada kesunyian... 

Ternyata, sesuatu nampak indah kerana belum kita miliki.. Bila telah dimiliki lain pula jadinya.. Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki.. 

Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan RAHMAT DAN NIKMAT yang kita miliki.. Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan.. 

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki.. Bersyukur atas keluarga yang kita miliki.. Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki.. Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki.. Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki.. Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara.. 

Jauhilah sifat sombong dgn apa yg kita miliki .. Kerana segala ini tidak berkekalan.....




Comments